Wednesday, August 12, 2009
MSKPP 2009
Saya akan cuba memenangi dalam kejohanan MSKPP Muar dalam pemilihan Tenpin Boling yang akan diadakan pada 10 Oktober 2009 di Muar Perfect Bowl jam 9.30 pagi. Tetapi saya hanya menyertai kejohanan itu untuk mengetahui prestasi saya dalam boling adakah masih baik atau tidak kerana saya tidak bermain boling hampir 5 bulan. Saya akan cuba mewakili MSKPP Muar dalam sukan tenis di mana saya akan berpasangan dengan cikgu Zainal Fitri ( SMK Dato' Sri Amar Di Raja ) adik kepada Zainal Alam personaliti Astro yang akan diadakan di Batu Pahat pada 23 - 25 Oktober 2009.
Thursday, August 6, 2009
Biodata

Dilahirkan pada 28 Febuari 1979 di Hospital Taiping, Perak Darul Ridzuan. Mendapat pendidikan awal di SK Bakri Batu 2, Muar dari 1986 hingga 1989 dan di SK Simpang Renggam, Simpang Renggam, Kluang pada 1990 hingga 1991. Kemudian mendapat pendidikan menengah di SMK Dato' Abdul Rahman Andak, Simpang Renggam, Kluang mulai 1992 hingga 1996. Mengambil peperiksaan STPM secara persendirian pada tahun 1999 dan melanjutkan pelajaran ke IPT pada Mei tahun 2000 di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor dalam bidang Pendidikan Jasmani dan berjaya menamatkan pengajian di dalam bidang Pendidikan Jasmani pada Mei 2003. Mulai 16 September 2003 mula menjadi pendidik di SMK Bukit Gambir, Muar selama 3 tahun 9 bulan. Mulai 16 Jun 2007 bertukar tempat bertugas ke SMJK Pei Hwa, Sungai Mati, Muar selama 2 tahun. Mulai 16 Jun 2009 bertukar tempat bertugas lagi ke SMK Pesisiran Perdana, Ledang, Johor atas keperluan sukan. Selama bertugas, saya telah mendapat banyak pengalaman sebagai 'orang sukan'. Jawatan-jawatan seperti naib s/u sukan, s/u sukan, jurulatih sukan dan badan uniform pernah saya sandang. Unit uniform yang saya minati adalah Pasukan Kadet Polis. Sukan-sukan yang saya latih termasuklah sukan olahraga iaitu lompat tinggi, lompat jauh dan lompat kijang kerana saya mahir dalam bidang lompatan. Selain itu saya juga melatih pelajar-pelajar permainan bola sepak, badminton, sepak takraw, bola tampar, petanq dan boling di mana ada juga pelajar-pelajar yang mewakili daerah Tangkak ke peringkat MSSJ. Selain saya melatih pelajar, saya juga teribat secara aktif di dalam MSKPP dan MAKSAK di mana saya telah menjadi wakil MSKPP Muar dalam boling di Johor Bahru(2004), bola tampar di Pontian (2005), bola sepak di Muar (2006), bola tampar di Mersing (2007) dan tenis di Johor Bahru (2008). Selain itu saya juga terpilih mewakili MAKSAK Johor dalam sukan boling yang di adakan di Kelantan pada tahun 2007. Saya berkahwin pada 28 November 2004 dan sudah dikurniakan 2 cahaya mata perempuan. Isteri saya bernama Faizah Bt Abu Seman yang bertugas sebagai Guru di SMK Tengku Mahmud Iskandar, Sungai Mati, Ledang, Johor. Cahaya mata sulong saya bernama Nur Farzana Bt Mohd Fahmi Akmal yang lahir pada 8 April 2006 bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Johor dan cahaya mata ke dua saya bernama Nur Fatini Bt Mohd Fahmi Akmal yang dilahirkan pada 14 September 2008 dalam Bulan Ramadhan.
Subscribe to:
Posts (Atom)