Wednesday, July 21, 2010

gambar kenangan



Dah ada streamyx..

Secara rasminya umah aku dah pasang streamyx...setelah puas bersabar akhir pasang juga...

rindu pada blog

maafla kpd semua...sejak aku kenal facebook terus blog dilupakan...

Friday, April 30, 2010

Pelajar ku dapat emas pertama...

Seorang pelajar yang aku latih dalam acara lompat jauh untuk kejohanan padang & balapan MSSD Ledang 2010 telah memenangi emas!!! Pelajar itu bernama Safwan. gambar di blog smkpesisiranperdana.blogspot.com. Gembira bukan kepalang aku dibuatnya. mana taknya...satu persatu atlit aku gugur di trek. Semangat mereka aku puji tetapi kudrat mereka tak cukup untuk membuahkan hasil. InsyaAllah akan ku cuba tahun 2011.....

Saturday, March 20, 2010

Hai....

Hai semua....lama dah aku tak tulis dalam blog ni sampai ada yang call bila nak upgrade...sibuk sangatlah kawan. takde masa nak bukak blog. untuk pengetahuan semua berat badan aku dah hilang 6.5 kg menjadikan berat badan aku sekarang 68.5 kg!!! kulit pun dah hitam...mana taknya setiap petang aku kat padang dengan pelajar SMKPP. Aku latih mereka untuk berjaya dalam sukan. sekarang tengah sibuk latih mereka untuk kejohanan balapan dan padang MSSD Ledang yang akan diadakan di kolej matrikulasi johor pada 24-27 mac 2010. Ntahla...kalau rezeki pelajar SMKPP mereka akan menang pingat.aku taki kisah warna apa yang penting ada hadiah. masa bola sepak pulak bawah 15 & bawah 18 kalah. kene blasah je dengan pasukan lain. tunggu tahun 2011 di mana aku akan pastikan SMKPP meletup dengan kemenangan...ok jumpa lagi ek..

Saturday, February 13, 2010

Sibuk sangat

Maaf la kerana tak sempat nak update blog ni....sekarang memang aku tengah sibuk sangat dengan urusan sekolah...nanti bila dah lapang-lapang nanti aku update la...banyak yang aku nak cerita...tunggu je ye....

Friday, January 8, 2010

Keluarga Ayah Aku


Gambar ini diambil semasa Hari Raya AidilFitri 2009 di mana semua ahli keluarga balik beraya di rumah aku di Taman Serom Utama, Sg Mati, Ledang, Johor.

Friday, January 1, 2010

Balik Kampung Daa.....

Pada 10 Disember 2009 jam 11.30 malam, aku sekeluarga bertolak ke Sik, Kedah. Itu adalah kampung isteri aku. Semasa dalam perjalanan tiada apa-apa berlaku, syukur Alhamdulillah... sampai Sik pada pukul 6.30 pagi. Macam biasa lepas solat Subuh aku akan terbaring tidur yang biasanya dalam pukul 2 atau 3 petang baru terjaga. Akan tetapi pada hari itu aku tidak dapat tidur lama kerana meraikan pernikahan adik iparku yang bernikah pada hari itu. Persiapan di rumah jangan cerita memang sibuk yang amat sangat. Aku sebagai menantu hanya menjalankan tugas yang mana patut aku buat.....

Saturday, November 28, 2009

Ulang tahun perkahwinan ke 5



Hari ini adalah 28.11.2009 adalah hari ulangtahun perkahwinan aku yang ke 5. Aku menyambutnya di Plaza Angsana JB kerana kebetulan aku berada di kampung orang tua aku. Gambar ini dirakan ketika makan di restoran Marry Brown selepas penat bermain 'game' di tingkat atas bersama-sama anak dan isteri aku. Anak sulung aku Nana macam biasa la kepenatan tapi Nini macam tak kisah. Moga berkekalan sampai ke akhir hayat....

Sunday, October 25, 2009

Tewas....

Pada 23-25 Oktober 2009 saya telah menyertai Kejohanan Tenis MSKPP yang diadakan di Universiti Tun Hussein Onn di Batu Pahat Johor. Saya menyertai acara beregu senior di mana saya berpasangan dengan Cikgu Zainal Fitri dari SMK Dato Sri Amar Di Raja. Kami telah tewas di pusingan ke 2 kepada beregu dari Pontian 6-3 6-2. Kami bermain dengan baik tetapi pasangan dari Pontian itu bermain seperti budak sekolah rendah..........

Sunday, October 18, 2009

Tenis...Tenis...Tenis



Inilah pasangan saya dalam acara beregu senior pasukan MSKPP Muar 2009 yang akan bertanding di MSKPP Johor pada 23-25 Oktober 2009 yang akan diadakan di Daerah Batu Pahat. Nama pasangan saya adalah Zainal Fitri Bin Kadir dari SMK Dato' Sri Amar Di Raja. Selain itu pasukan MSKPP Muar akan diwakili oleh Cikgu Zainal (SMK St Andrew) yang akan berpasangan dengan Cikgu Ramlan ( SK Bukit Pasir) (Beregu Veteren) dan Cikgu Hafez berpasangan dengan Cikgu Nakia (Kedua-duanya SMK St Andrew) (Beregu Senior).

Monday, October 12, 2009

Pengetua SMKPP sampaikan hadiah


Pada hari Isnin 12.10.09, Tuan Pengetua SMK Pesisiran Perdana Tuan Haji Radi Bin Yahaya telah menyampaikan hadiah kepada saya dalam perhimpunan mingguan di astaka SMK Parit Bunga kerana menjadi Johan dalam Kejohanan Tenpin Boling MSKPP Muar.

Johan Tenpin Boling MSKPP Muar 2009



Pada 10.10.09 saya telah menyertai Kejohanan Tenpin Boling MSKPP Muar yang telah diadakan di Perfect Bowl, Muar. Kejohanan itu diadakan untuk memilih wakil ke MSKPP peringkat negeri yang akan diadakan di Daerah Batu Pahat pada 23-25 Oktober 2009. Saya menyertai kejohanan ini adalah untuk mengetahui tahap prestasi saya dalam sukan boling kerana saya telah tidak bermain boling lebih daripada 5 bulan.Dalam kejohanan itu para peserta dikehendaki bermain sebanyak 4 game di mana catatan saya adalah game 1 - 150, game 2 - 223, game 3 - 216 dan game 4 - 163. Catatan keseluruhan saya adalah 752 jatuhan pin. Saya telah mencatatkan 'high game' dalam game ke 2 iaitu 223 jatuhan pin. Saya telah menjadi JOHAN dalam kejohanan itu dan terpilih mewakili MSKPP Muar. Tetapi saya telah menolaknya kerana saya telah terpilih mewakili MSKPP Muar dalam sukan tenis.

Sunday, October 11, 2009

Mewakili MSKPP Muar Dalam Sukan Tenis

Pada 11.10.09 secara rasmi saya terpilih mewakili MSKPP Muar dalam sukan tenis ke MSKPP peringkat negeri yang akan diadakan di Batu Pahat pada 23-25.10.09. Saya amat gembira kerana dapat bermain dalam antara sukan kegemaran saya. Gambar nanti download kemudian...

Wednesday, October 7, 2009

Sambutan Hari Raya di rumah saya

Di sini saya ingin memaklumkan bahawa saya amat gembira apabila ramai orang datang ke rumah pada hari sabtu 3 Oktober 2009 yang lalu. Tetapi.......

Wednesday, August 12, 2009

MSKPP 2009

Saya akan cuba memenangi dalam kejohanan MSKPP Muar dalam pemilihan Tenpin Boling yang akan diadakan pada 10 Oktober 2009 di Muar Perfect Bowl jam 9.30 pagi. Tetapi saya hanya menyertai kejohanan itu untuk mengetahui prestasi saya dalam boling adakah masih baik atau tidak kerana saya tidak bermain boling hampir 5 bulan. Saya akan cuba mewakili MSKPP Muar dalam sukan tenis di mana saya akan berpasangan dengan cikgu Zainal Fitri ( SMK Dato' Sri Amar Di Raja ) adik kepada Zainal Alam personaliti Astro yang akan diadakan di Batu Pahat pada 23 - 25 Oktober 2009.

Thursday, August 6, 2009

Biodata




Dilahirkan pada 28 Febuari 1979 di Hospital Taiping, Perak Darul Ridzuan. Mendapat pendidikan awal di SK Bakri Batu 2, Muar dari 1986 hingga 1989 dan di SK Simpang Renggam, Simpang Renggam, Kluang pada 1990 hingga 1991. Kemudian mendapat pendidikan menengah di SMK Dato' Abdul Rahman Andak, Simpang Renggam, Kluang mulai 1992 hingga 1996. Mengambil peperiksaan STPM secara persendirian pada tahun 1999 dan melanjutkan pelajaran ke IPT pada Mei tahun 2000 di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor dalam bidang Pendidikan Jasmani dan berjaya menamatkan pengajian di dalam bidang Pendidikan Jasmani pada Mei 2003. Mulai 16 September 2003 mula menjadi pendidik di SMK Bukit Gambir, Muar selama 3 tahun 9 bulan. Mulai 16 Jun 2007 bertukar tempat bertugas ke SMJK Pei Hwa, Sungai Mati, Muar selama 2 tahun. Mulai 16 Jun 2009 bertukar tempat bertugas lagi ke SMK Pesisiran Perdana, Ledang, Johor atas keperluan sukan. Selama bertugas, saya telah mendapat banyak pengalaman sebagai 'orang sukan'. Jawatan-jawatan seperti naib s/u sukan, s/u sukan, jurulatih sukan dan badan uniform pernah saya sandang. Unit uniform yang saya minati adalah Pasukan Kadet Polis. Sukan-sukan yang saya latih termasuklah sukan olahraga iaitu lompat tinggi, lompat jauh dan lompat kijang kerana saya mahir dalam bidang lompatan. Selain itu saya juga melatih pelajar-pelajar permainan bola sepak, badminton, sepak takraw, bola tampar, petanq dan boling di mana ada juga pelajar-pelajar yang mewakili daerah Tangkak ke peringkat MSSJ. Selain saya melatih pelajar, saya juga teribat secara aktif di dalam MSKPP dan MAKSAK di mana saya telah menjadi wakil MSKPP Muar dalam boling di Johor Bahru(2004), bola tampar di Pontian (2005), bola sepak di Muar (2006), bola tampar di Mersing (2007) dan tenis di Johor Bahru (2008). Selain itu saya juga terpilih mewakili MAKSAK Johor dalam sukan boling yang di adakan di Kelantan pada tahun 2007. Saya berkahwin pada 28 November 2004 dan sudah dikurniakan 2 cahaya mata perempuan. Isteri saya bernama Faizah Bt Abu Seman yang bertugas sebagai Guru di SMK Tengku Mahmud Iskandar, Sungai Mati, Ledang, Johor. Cahaya mata sulong saya bernama Nur Farzana Bt Mohd Fahmi Akmal yang lahir pada 8 April 2006 bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Johor dan cahaya mata ke dua saya bernama Nur Fatini Bt Mohd Fahmi Akmal yang dilahirkan pada 14 September 2008 dalam Bulan Ramadhan.